Dua minggu sebelum ni Legoland baru je lepas dirasmikan. I'm proud to be Malaysian people. Siapa sangka Malaysia pun ada theme park yang macam dekat London tuu kan. Walaupun Legoland tu dekat Johor, aku still belum berkesempatan nak masuk dalam. Lalu tu pernah lah. Eleh trend sekarang ni setakat shoot gambar depan Legoland tapi tak masuk aku pun boleh Hehe.
Semalam sedang busy survey ticket free ke Legoland, muncul pulak animated Theme Park ni. So korang tengok jelah apa hasil survey aku ni Haha
PARC ASTERIC
Ok first sekali, PARC ASTERIC. Haa ni antara salah satu Theme Park yang kedua terkenal di Paris selepas Disneyland Paris. Menurut Wikipedia, PARC bermaksud taman dan ASTERIC pula ialah sempena animasi yang terkenal di Perancis. Di PARC ASTERIC ni jugak ada persembahan akrobatik dan ikan lumba-lumba. So sesiapa yang melawat Paris tu singgahlah sini kalau nak lagi ekstem.
Ni Tonnere De Zeus. Berbelit lidah aku nak sebut. Haha yang istimewanya, landasan gelongsor ni diperbuat daripada kayu.
La Trace Du Hourra
Kalau perasan, depan menara tu ada mimik muka. nampak tak?
Perahu ni boleh bawa korang jalan-jalan dalam Parc Asterix
Patung-patung Parc Asteric
Ni lah persembahan ikan lumba-lumba.
SANRIO PULOLAND
Pernah dengar nama ni? Ni adalah indoor theme park di Tama New Town, Tokjo, Japan. Kalau tak silap, ni pun salah satu tempat pergambaran RUNNING MAN. Err kalau salah jangan marah Haha. Dalam Sanrio Puloland ni, ada taman khas yang bertemakan animasi Jepun terkenal macam Hello Kitty. Tempat ni sesuai untuk golongan kanak-kanak. Kalau abang kakak nak tumpang sekaki boleh jugak, tak ada masalah Haha
Cawan berpusing Hello Kitty dan Keroppi.
Kedai cenderamata Sanrio Puloland
Sape kata budak-budak je boleh naik? Tengok budak besar pun boleh muat tau.
Persembahan Teater Hello Kitty di Sanrio Puloland
Gilalah comel. Kalau tak silap, korang boleh jugak bergambar dengan hello kitty yang comel ni. Kalau tak dapat bergambar dengan ni pun, dalam Sanrio Puloland ni berlambah lagi patung Hello Kitty. Cuma tak bergerak jelah.
SNOOPY'S WORLD
Snoopy world ni small theme park yang terletak di New Town Plaza Shopping mall. New Town Plaza pula berada di tengah-tengah bandar Sha Tin, Tapi theme park ni tak adalah terkenal macam Hong Kong Disneyland sebabnya permainan dia pun tak banyak. Mostly pelancong yang datang ke sini ambil peluang untuk bergambar dengan patung-patung snoopy. Lagipun nak masuk ni pun Free. So rugilah kalau datang tak ambil peluang bergambar sekali kan.
Inilah permandangan snoopy world dari atas.
Bas ni tak bergerak pun. Jadi tourist bolehlah bergambar dengan geng-geng snoopy.
Ni pintu masuk kut?
Bagi yang obsessed sangat dengan Snoopy, bolehlah datang ke Charlie Brown Cafe di Hong Kong ni. Kalau tak silap cuma ada dua cawangan Charlie Brown je kat Hong Kong.
- The End -