text-align: center;

tulisan atas

 photo cute2.jpg  photo DIARY2.jpg  photo recipe2.jpg  photo shop2.jpg

Wednesday, June 12, 2013

Jom! Jalan jalan di Kelantan Part 2


Okayy sekarang Part 2 Jalan-jalan di Kelantan.

Setelah penat meronda kawasan Kota Bahru, now kita pergi ke tempat-tempat yang memerlukan transport untuk berjalan. Tak macam kat KB, hanya memerlukan kaki yang kuat untuk menghabiskan tempat rondaan. Hehe berterabur ayat BM aku.

1. Pasar Che Yah.



Kami check in pun di Che Yah so tak susah la nak berjalan kawasan ni. Lagi-lagi hotel kami depan je pasar Che Yah. Keluar-keluar jumpa makanan. Haha lagi-lagi yang kuat macam aku memang memanjanglah aku turun beli makanan. Yang menjadi favourite aku adalah nasi kaumok. Nasi berempah berlaukkan ayam berempah. Kalau tak berkesempatan nak ke Rantau Panjang, shopping kat sini pun boleh. Cuma kena pandailah survey harga. Tapi kalau nak dicomparekan dengan Pasar Khadijah, harga barang kat sini lagi murah.

2. Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Dulu nama pantai ni Pantai Cinta Berahi. Sekarang PCB. Molek sikit dengar kan. Haha Kalau dari Kota Bahru, dekat je nak ke sini. Lebih kurang 10 meter. Kebetulan masa kami ke PCB, ada pertunjukan ular. Nampak tak yang kedatangan kami ni memang dialu-alukanlah. Haha Lagi satu, sepanjang pantai ni ada gerai menjual makanan. Sebelum membeli, better korang tanya harga makanan tu dulu. Sebab ada sesetengah perniaga yang ambil untung lebih. Aku terkena dah. Harga sotong pun RM14. Huh gilo apo?
 

Suasana di Pantai Cahaya Bulan



Macam anak cina tak? *perasan*

menghayati permandangan matahari terbenam #cehh

3. Rantau Panjang

Kalau tak pergi tempat ni memang tak sah lah. Makcik-makcik memang suka datang sini sebab harga pinggan mangkuk, periuk belanga, toto memang murah-murah belaka. Memang rambang mata kalau datang sini. Yelah ni kan tempat bebas cukai. Bayangkanlah aku boleh dapat harga RM20 untuk satu seluar. Walawehh dekat JB memang tak kut dapat harga ni. Haha Tapi korang kena pandailah tawar menawar. Lagi satu tips kalau nak dapat murah, ajaklah orang kelantan shopping sekali takpun mu je yang kecek kelate. Kalau orang luar ni memang kene ketuk je lebih.



Abang aiskrim baba. Saje jo den nak bagi dia famous Haha

Aiskrim baba. Memang wajib try kalau dah sampai sini. Tak mahal pun only RM2. 



4. Masjid Beijing

Masjid Keputraan Sultan Ismail Petra ni bercirikan seni bina masjid cina di Beijing. 2km je dari Rantau Panjang. Sebelum sampai di Rantau Panjang, bolehlah singgah di Masjid Beijing ni.



Yang diri macam tiang lampu tu cousin aku.






Pintu masuk



View dari depan.


Pondok. Sementara tunggu yang lain solat, bolahlah tunggu kat sini.




4. Bazar Tok Guru, Kota Bahru

Kalau nak beli barangan batik, datanglah ke bazar Tok Guru. Harga kat sini jauh lebih murah dari tempat-tempat batik yang lain. 











Actually, banyak lagi tempat yang korang boleh lawat bila sampai di Kelantan. Antaranya Bazar Buluh Kubur, KB Mall, Pasngkalan Kubor, Pantai Geting, Pantai Irama err banyaklah lagi.  Ni je tempat-tempat yang aku sempat review. Okay Kelantan dah sudah, lepas ni nak plan trip ke Langkawi pulak. agak-agak bila tuu? Haha

Jom! Jalan-jalan di Kelantan.



Dah berdekad dah rasa tak update blog yang nyawa-nyawa ikan ni. Silap hari bulan memang mampuih ditelan zaman. Haha Sejak bergelar student Unikl MICET, memang tak cukup masa nak jenguk blog.

Malas nak membebel panjang-lebar, kita pendekkan cerita okay? Bersempena dengan cuti sem, last week my cousins and I visited Kelantan Darul Naim. Ni kira nak mempromote negeri yang terkenal dengan bandaraya Islam ni. Pada sesiapa yang nak visit Kelantan, aku ada beberapa tempat yang nak disyorkan dan wajib singgah bila bercuti di Kelantan. Cehh ayat macam aku familiar je dengan Kelantan ni. Haha

Okay laa, perjalanan aku dari Johor ke Kelantan ambil masa hanya 8 jam. Gila express! Haha memang cepat sampai tapi rasa macam naik roller coaster. Dengan fizikal yang comel molek ni memang tak dapat digambarkan bertapa seronoknya aku melantun ke kiri dan ke kanan. Haihhh rasa nak sue je driver bas tu.

Disebabkan kami sampai terlalu awal dan waktu check in pun pukul 2, kami pun lepaking dekat Kota Bahru.

Stesen bas Kota Bahru. Kalau nak tau dekat sini ada khidmat menyimpan beg. So tak payah la korang  hangkut berat-berat beg travel korang tu bila nak meronda-ronda kat kawasan KB.

Aku ambil masa 2 hari je nak habiskan kawasan Kota Bahru ni. Sini aku senaraikan tempat-tempat yang wajib singgah bila sampai di KB. Semua tempat-tempat ni tak perlu nak ada transport bagai okay. Jalan kaki je dah sampai. Haha


1. Pasar Siti Khadijah.



Semua benda ada kat sini. Ikan, sayur, buah, kerepek, batik, & segala jenis makanan Kelantan ada. Dinasihatkan pergi waktu pagi sebab bila dah masuk tengahari keadaan dalam ni akan jadi sesak. Lagi-lagi bila cuti sekolah. Memang tak bernafaslah korang dalam ni. Senang cerita, ni memang tempat yang paling wajiblah korang pergi.










2. Istana Jahar, Istana Balai Besar, Kota Sultan Ismail

Kalau first time datang kelantan, disyorkan untuk datang ke kawasan Kota Ismail. Di sini ada banyak tempat-tempat bersejarah macam Padang Merdeka, Bank Pitis, Bank Kerapu, Istana Jahar & Istana Balai Besar. Unfortunately kami hanya sempat melawat Istana Jahar sebab keadaan cuaca tersangatlah panas. Memang lencun aku satu hari tu. Boleh dikatakan kambing tu pun bau lagi wangi dari aku. Haha


Istana Jahar


3. Kampung kraftangan

Okay, dekat sini ada macam-macam bentuk kraftangan. Dari Kota Iskandar tu nak ke sini teramatlah dekat. Kalau nak cari Tshirt Kelantan, dekat kampung kraftangan ni memang banyak pilihan. Tapi disebabkan duit dah banyak berhabis dekat Rantau Panjang, so sekadar cuci mata jelah datang sini. Selalunya bila dah datang sini orang akan singgah makan di Restoran Nasi Ulam Cikgu Hamid. Apa lagi, korang trylah makan dekat restoran ni. Then habak kat cek yerr nanti. 



Jalan ke kampung kraftangan. 

Hee sempat lagi berposing tengah-tengah sesak tu.


suasana kampung kraftangan.


Pintu masuk.


Ini muzium kraftangan. RM1 per person. Tak rugi pun masuk.

Muzium Diraja. Tak silap Kelantan ada 6 Muzium. Yang ni bersebelahan je dengan Kampung Kraftangan.

4. Pasar Tengku Anis


Ni depan je dengan Restoran Nasi Ulam. Bangunan ni agak baru, so kedai dalam ni pun tak banyak yang bukak. Boleh kira dengan jari je.Kalau nak beli baju batik bolehlah datang sini.




Nasihat aku, kalau dah sampai Kelantan, janganlah jadi si bodoh sombong. Rajin-rajinlah bertanya yerr. Ini baru kawasan Kota Bahru. Belum lagi yang lain. Nantilah aku sambung dalam part 2 ea. Sayonara ~~ 






                                                                                                                          





Monday, October 1, 2012

Animated Theme Park yang comel

Hello guys!

Dua minggu sebelum ni Legoland baru je lepas dirasmikan. I'm proud to be Malaysian people. Siapa sangka Malaysia pun ada theme park yang macam dekat London tuu kan. Walaupun Legoland tu dekat Johor, aku still belum berkesempatan nak masuk dalam. Lalu tu pernah lah. Eleh trend sekarang ni setakat shoot gambar depan Legoland tapi tak masuk aku pun boleh Hehe.


Semalam sedang busy survey ticket free ke Legoland, muncul pulak animated Theme Park ni. So korang tengok jelah apa hasil survey aku ni Haha


PARC ASTERIC

Ok first sekali, PARC ASTERIC. Haa ni antara salah satu Theme Park yang kedua terkenal di Paris selepas Disneyland Paris. Menurut Wikipedia, PARC bermaksud taman dan ASTERIC pula ialah sempena animasi yang terkenal di Perancis. Di PARC ASTERIC ni jugak ada persembahan akrobatik dan ikan lumba-lumba. So sesiapa yang melawat Paris tu singgahlah sini kalau nak lagi ekstem.



      

Ni Tonnere De Zeus. Berbelit lidah aku nak sebut. Haha yang istimewanya, landasan gelongsor ni diperbuat daripada kayu.


La Trace Du Hourra Before The Lift

La Trace Du Hourra




Kalau perasan, depan menara tu ada mimik muka. nampak tak?




Perahu ni boleh bawa korang jalan-jalan dalam Parc Asterix


Oxygenarium's Final Turn




Parc Asterix

    

Patung-patung Parc Asteric


Parc Asterix

Ni lah persembahan ikan lumba-lumba.





SANRIO PULOLAND


Pernah dengar nama ni? Ni adalah indoor theme park di Tama New Town, Tokjo, Japan. Kalau tak silap, ni pun salah satu tempat pergambaran RUNNING MAN. Err kalau salah jangan marah Haha. Dalam Sanrio Puloland ni, ada taman khas yang bertemakan animasi Jepun terkenal macam Hello Kitty. Tempat ni sesuai untuk golongan kanak-kanak. Kalau abang kakak nak tumpang sekaki boleh jugak, tak ada masalah Haha 



Cawan berpusing Hello Kitty dan Keroppi.




sanrio puroland 8

Kedai cenderamata Sanrio Puloland




           

     
  
Sape kata budak-budak je boleh naik? Tengok budak besar pun boleh muat tau.






Persembahan Teater Hello Kitty di Sanrio Puloland

sanrio puroland 2

Gilalah comel. Kalau tak silap, korang boleh jugak bergambar dengan hello kitty yang comel ni. Kalau tak dapat bergambar dengan ni pun, dalam Sanrio Puloland ni berlambah lagi patung Hello Kitty. Cuma tak bergerak jelah.




SNOOPY'S WORLD 


Snoopy world ni small theme park yang terletak di New Town Plaza Shopping mall. New Town Plaza pula berada di tengah-tengah bandar  Sha Tin, Tapi theme park ni tak adalah terkenal macam Hong Kong Disneyland sebabnya permainan dia pun tak banyak. Mostly pelancong yang datang ke sini ambil peluang untuk bergambar dengan patung-patung snoopy. Lagipun nak masuk ni pun Free. So rugilah kalau datang tak ambil peluang bergambar sekali kan.



Inilah permandangan snoopy world dari atas. 




Bas ni tak bergerak pun. Jadi tourist bolehlah bergambar dengan geng-geng snoopy.









Ni pintu masuk kut?








Bagi yang obsessed sangat dengan Snoopy, bolehlah datang ke Charlie Brown Cafe di Hong Kong ni. Kalau tak silap cuma ada dua cawangan Charlie Brown je kat Hong Kong.











image from picasaweb.google.com




- The End -