text-align: center;

tulisan atas

 photo cute2.jpg  photo DIARY2.jpg  photo recipe2.jpg  photo shop2.jpg

Wednesday, June 12, 2013

Jom! Jalan jalan di Kelantan Part 2


Okayy sekarang Part 2 Jalan-jalan di Kelantan.

Setelah penat meronda kawasan Kota Bahru, now kita pergi ke tempat-tempat yang memerlukan transport untuk berjalan. Tak macam kat KB, hanya memerlukan kaki yang kuat untuk menghabiskan tempat rondaan. Hehe berterabur ayat BM aku.

1. Pasar Che Yah.



Kami check in pun di Che Yah so tak susah la nak berjalan kawasan ni. Lagi-lagi hotel kami depan je pasar Che Yah. Keluar-keluar jumpa makanan. Haha lagi-lagi yang kuat macam aku memang memanjanglah aku turun beli makanan. Yang menjadi favourite aku adalah nasi kaumok. Nasi berempah berlaukkan ayam berempah. Kalau tak berkesempatan nak ke Rantau Panjang, shopping kat sini pun boleh. Cuma kena pandailah survey harga. Tapi kalau nak dicomparekan dengan Pasar Khadijah, harga barang kat sini lagi murah.

2. Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Dulu nama pantai ni Pantai Cinta Berahi. Sekarang PCB. Molek sikit dengar kan. Haha Kalau dari Kota Bahru, dekat je nak ke sini. Lebih kurang 10 meter. Kebetulan masa kami ke PCB, ada pertunjukan ular. Nampak tak yang kedatangan kami ni memang dialu-alukanlah. Haha Lagi satu, sepanjang pantai ni ada gerai menjual makanan. Sebelum membeli, better korang tanya harga makanan tu dulu. Sebab ada sesetengah perniaga yang ambil untung lebih. Aku terkena dah. Harga sotong pun RM14. Huh gilo apo?
 

Suasana di Pantai Cahaya Bulan



Macam anak cina tak? *perasan*

menghayati permandangan matahari terbenam #cehh

3. Rantau Panjang

Kalau tak pergi tempat ni memang tak sah lah. Makcik-makcik memang suka datang sini sebab harga pinggan mangkuk, periuk belanga, toto memang murah-murah belaka. Memang rambang mata kalau datang sini. Yelah ni kan tempat bebas cukai. Bayangkanlah aku boleh dapat harga RM20 untuk satu seluar. Walawehh dekat JB memang tak kut dapat harga ni. Haha Tapi korang kena pandailah tawar menawar. Lagi satu tips kalau nak dapat murah, ajaklah orang kelantan shopping sekali takpun mu je yang kecek kelate. Kalau orang luar ni memang kene ketuk je lebih.



Abang aiskrim baba. Saje jo den nak bagi dia famous Haha

Aiskrim baba. Memang wajib try kalau dah sampai sini. Tak mahal pun only RM2. 



4. Masjid Beijing

Masjid Keputraan Sultan Ismail Petra ni bercirikan seni bina masjid cina di Beijing. 2km je dari Rantau Panjang. Sebelum sampai di Rantau Panjang, bolehlah singgah di Masjid Beijing ni.



Yang diri macam tiang lampu tu cousin aku.






Pintu masuk



View dari depan.


Pondok. Sementara tunggu yang lain solat, bolahlah tunggu kat sini.




4. Bazar Tok Guru, Kota Bahru

Kalau nak beli barangan batik, datanglah ke bazar Tok Guru. Harga kat sini jauh lebih murah dari tempat-tempat batik yang lain. 











Actually, banyak lagi tempat yang korang boleh lawat bila sampai di Kelantan. Antaranya Bazar Buluh Kubur, KB Mall, Pasngkalan Kubor, Pantai Geting, Pantai Irama err banyaklah lagi.  Ni je tempat-tempat yang aku sempat review. Okay Kelantan dah sudah, lepas ni nak plan trip ke Langkawi pulak. agak-agak bila tuu? Haha

1 comment:

  1. tumpng iklan...kami mempunyai homestay untuk disewakan..harga dari Rm80-Rm160 semalaman...banglo 2 tingkat...3km dri pusat bandar kota bharu..4km ke airport kota bharu..access yg mudah di tepi main road dri airport
    ke bandar kota bharu...parking muat untuk 5-6 buah kereta didalam pagar..kawasan yg selamat

    hubungi untuk maklumat lanjut
    tanjung mas homestay - 017 9373691
    - 011 21927388

    ReplyDelete