text-align: center;

tulisan atas

 photo cute2.jpg  photo DIARY2.jpg  photo recipe2.jpg  photo shop2.jpg

Thursday, August 16, 2012

Koleksi Sms Raya


Assalamualaikum ! Daa lame kan tak update blog. Actually Eyra pun tak tau nak update fasal ape.
Tuu laa lack of ilmu berblogging macam ni laa jadinyee.
Haha hari ni mood nak meng update tu membuak-buak yang tuu la ada idea tade idea pun aku TERJAH je. 




Haa ramadhan lagi tinggal sehari je kan. Raya pun dah nak menjelang. Sebelum tuu, apa kata kita sama-sama berdoa agar segala yang kita ibadahkan di bulan ramadhan ini diberkati ALLAH. Hopefully kita tergolong dalam orang-orang yang beriman dan bertakwa.  Aminn..! Jangan bulan puasa je korang beramal, teruskanlah apa yang korang dah usahakan tuu. Hee nanti hidup lagi berkat ^^

Ok erm let's talk about Raya. Selalunye time-time macam ni mulalah sms raya penuh kan dekat phone.
Wall facebook jangan lah cakap berduyun wish Hari Raya. Time ni dok sibuk-sibuk kau-kau orang semua mintak maaf kan. Ohh selama ni mengutuk kuangmain. Haa datang raya baru korang nak minta maaf ea. Hehe

Ahh kepada siapa-siapa yang tade idea nak wish apa dekat membe-membe. Ni adalah beberapa sms yang selalu sangat membe-membe bagi. Koleksi ni Eyra geledah phone sebelum dia berenang dalam periuk nasi hari tuu. Jadi ni jelaa beberapa sms yang sempat di survey. Harap berpuas hati laa yerr.








No greeting card to give, No sweet flowers to send, No cute graphics card to forward. 
Just a CARING HEART saying  “Selamat Hari Raya Aidilfitri





Aku pegang kau punya… kau pegang ku punya
Aku ramas kau punya… kau ramas ku punya
Aku goncang kau punya… kau goncang ku punya (saspen)
kemudian kita goyang bersama.
itulah tanda kita bersalam mesra,
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin





Walau langkah tak bertemu..biarpun tangan tak berjabat..ucap tak terdengar..

mata tak bertentang..maafkan segala kekhilafan yang lalu..
kerana ada kalanya lidah terlanjur biacara dan 
hati salah menduga, SALAM AIDILFITRI ..
moga sinarnya membahagiakan kita semua..
Maaf Zahir Batin






SALAM AIDILFITRI.. 
Tiada kad nak diberi.. 
Sebab posmen sume dah amik cuti.. 
nasib baik kredit baru isi.. 
Dapat bagi SMS penganti diri.. 
Mohon maaf hujung rambut ke hujung kaki..




Untuk lisan yg tak terjaga
untuk hati yg berprasangka
untuk janji yg tak ditepati segala kekhilafan. 
Minal Aidin Walfaizin mohon Maaf Lahir Bathin




Melati semerbak harum mewangi,
Sebagai penghias di hari fitri,
SMS ini hadir pengganti diri,
Ulurkan tangan silaturahmi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri





Jika kesilapan semalam belum terampun, “MAAFKANLAH”. 
Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati, “LUPAKANLAH”.
 Jika kesilapan esok dan mendatang, janganlah di bawa ke AKHIRAT,
 inginku menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf SALAM AIDILFITRI .. 




Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi

Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan untuk segala-galanya & Selamat Hari Raya




Bakar Lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL FItri,
Nak antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje pnggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin,
Maaf Dpinta jika ada keterlanjuran kata BICARA


Ada mata pandanglah keindahan, 
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



B4 AidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes, Nak wish awal2, 
Slamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin..





Di Aidlfitri ini, maafkan andai ada,

TERsalah,
TERsilap,
TERumpat ,
TERsengaja atau tidak,
Moga kita telah mendapat keampuanan,
rahmat di Ramadhan lalu.





ISNIN cari SELASA ,

Nak tanya nampak tak RABU,
Agar igatkan KHAMIS, bagitau JUMAAT
supaya tak lupa mesej kt SABTU
yang AHAD dah raya!
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri maaf Zahir dan Batin..





Moon may come, moon may go,

When syawal come, ramadhan has to go,
If lebih mkn, if silap seloroh,
Plez 4givekn, make it zero zero,
Selamat hari lebaran, lebarkn persaudaraan,
Kosongkn persengketaan
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin





Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.






RAMADHAN telah menjelma. Berdoalah sebelum menjelangnya SYAWAL BERDOA  BERDOA BERDOA BERDOA 
ORANG CAKAP BERDOA LAA… Bukan picit-picit henpon!




Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.




For things I did wrong,
For words which might hurt,
For jokes you cannot take and
For advise you cannot accept,
1001 apologies! 
Selamat Hari Raya Aidilfitri.





Tunggu - tunggu rayo dah dokek,
Bakar lomang robuh ketupek,
Nak hantar kadrayo dah tak sompek,
Hantar SMS jo yang copek .
Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir Batin
S









-The End-

4 comments: